Usahawan cacing Kemaman

Oleh HAMZAH SARAH
rencana@kosmo.com.my

Setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram.


“EIII!!!…geli!.” Biasanya itulah respons orang ramai apabila ternampak cacing yang dianggap kotor dan menjijikkan.Namun, hari ini cacing bukan lagi hidupan yang lazimnya menjadi mainan kaki pancing untuk dijadikan umpan, sebaliknya ia menjadi produk perniagaan yang menguntungkan.Salah seorang penternak cacing, Amaram Ismail, 40, mengakui ramai yang tidak percaya spesies tersebut boleh diternak dan dijadikan satu bisnes berpotensi besar.

Malah, ketika beliau memulakan perusahaan itu, ada segelintir pihak yang bersikap negatif dan memandang serong terhadap usahanya itu.

“Ramai yang ketawa apabila saya memberitahu akan mengikuti kursus penternakan cacing di Kangar, Perlis pada awal tahun lalu.

“Ada juga yang anggap saya kurang siuman kerana mahu melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka anggap kotor dan sia-sia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot Binjai, Kemaman, Terengganu.

Melalui syarikatnya, Agro Bioline Centre, beliau kini menjadi pembekal cacing untuk pasaran luar negara terutama ke China bagi dijadikan salah satu ramuan dalam produk kosmetik.

Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg).

MAKANAN cacing yang diternak oleh Amaram Ismali ialah batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.


Menurutnya, setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan.

“Sebenarnya, cacing yang diternak bukan cacing yang berasal dari negara ini tetapi diimport dari Australia,” katanya.

Penjagaan cacing tidak sukar kerana cacing tersebut akan diletakkan di dalam satu bekas yang dicampur dengan makanannya iaitu batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.

Menurutnya, cacing berkenaan tidak perlu diperiksa setiap hari kerana ia tidak mudah mati.

“Cuma, apa yang perlu dibuat ialah sentiasa membasahkan cacing dan meletakkannya di tempat yang lembap. Makanan perlu ditambah seminggu sekali kerana jika habis, cacing akan merayap untuk melepaskan diri,” tambahnya.

Beliau berkata, setiap kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.

Amaram berkata, najis cacing yang terdapat dalam bekas pula boleh dijadikan baja dan dijual pada harga sehingga RM15 sekilogram.

“Baja najis cacing boleh menyubur tanaman dan sayuran manakala airnya pula digunakan untuk menyubur pohon bunga di halaman rumah.

SETIAP kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.


Katanya, cacing dewasa boleh membesar sehingga 12 inci panjang dan boleh bertelur sebanyak 48 biji setahun.

Beliau yang kini menjadi pembekal cacing di pantai Timur terutama Terengganu dan Pahang sentiasa sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak pernah putus.

“Maklumlah, ini adalah produk terbaru yang tidak perlu penjagaan rapi tetapi menguntungkan dan semakin mendapat permintaan yang tinggi,” tambahnya.

Mereka yang berminat untuk mencuba atau mendapat keterangan lanjut mengenai penternakan cacing daripada spesies berkenaan boleh menghubunginya di talian 019-9040155.

This entry was posted on Wednesday, April 30th, 2008 at 2:05 pm and is filed under Isu Semasa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Usahawan cacing Kemaman”

wanzul October 13th, 2008 at 12:49 am

salam,
saya berminat untuk menternak cacing…..ada tak pasarannya di kemaman?

naz_eja November 11th, 2008 at 9:21 am

salam,
saya berminat nk ternak cacing…. sy nk tau pasaran kt terengganu cane? harganya pulak cane?

mohd azri December 5th, 2008 at 10:48 am

sy nk thu lebih mendalam berkenaan cara nye n bagaimana pasaran nya.. kalu boleh sy nk gi lihat sendiri bagaimana cara nya..

suzi December 24th, 2008 at 1:19 am

salam…saya amat berbangga dengan usaha saudara..saya kini ingin mencuba nasib dalam bidang bisnes yang juga minat saya..namun saya baru ingin belajar…harap saudara dapat membantu saya tentang cara,proses n segalanya yang penting berkenaan penternakan cacing ini…

amaram ismail December 31st, 2008 at 1:36 am

Sila datang ke blog saya, usahawancacingkemaman.blogspot.com.
Menternak cacing merupakan suatu jenis perniagaan. Untuk memajukan perniagaan kita perlu berusaha sendiri menambah ilmu melalui pembacaan, misalnya.

Maaf, saya kesempitan masa untuk menyambut tetamu dalam sehari dua ni sebab nak packing baja vermikompos yang permintaannya semakin meningkat.

Kadang-kadang saya terasa ‘fobia’ untuk menunggu tetamu yang akan datang ke tempat saya sebab kebanyakkan yang datang bukan untuk belajar tetapi sekadar membuang masa saya.

Tetamu yang datang bertanya bermacam-macam soalan yang pelik dan ada juga yang sekadar nak menguji saya. Maklumlah… yang datang tu semuanya pakar-pakar dalam bidang pertanian!!!

Maaf sekali lagi, saya cukup-cukup rimas.

Kalau nak beli cacing, bila-bila masa boleh datang. Saya agak ‘mata duitan’ dalam hal ni…..

Kalau nak beli baja vermikompos, boleh jumpa saya di Pasar Chukai, Kemaman setiap hari (?) 8am-12tgh.

Saya sangat yakin bisnes cacing dan baja vermikompos ada masa depan yang cerah. Dan saya yakin bahawa baja vermikompos yang dipasarkan oleh saya sangat hebat, berkualiti dan luarbiasa. InsyaAllah.

Akhir kata :

Orang yang berjaya sangat yakin apa yang bakal berlaku, tetapi orang biasa hanya percaya setelah sesuatu menjadi kenyataan.

amaram ismail December 31st, 2008 at 1:39 am

Kalau ada lagi soalan yang tak terjawab, sila e-mail saya :

cacingkemaman@hotmail.com

shafique January 3rd, 2009 at 3:53 pm

saye juga salah seorang penternak cacing dan kami ade juga menjalinkan kerjasama dengan sime darby, petronas fetlizier, mbsa dan terbaru saye ingin memasrkan ke pasaran dubai…jika anda mempunyai masalah pasaran boleh menyertai syarikat konsortium kami….saye ikhlas membantu penternak cacing kecilan….nasihat saye ialah berhati-hati kerana kebanyakkan perniagaan cacing ini adalah indah khabar dari rupa…ini berlaku kerana mereka lebih mengutamakan penjualan cacing seperti sistem transit…bukan fokus kepada hasil cacing seperti baja….bole hubungi saye jika saudara atau saudari berminat pasal cacing dan pasaran kami sendiri… 017-2533968 (shafique)

juliana January 14th, 2009 at 2:04 pm

salam. saya juga penternak cacing tetapi penghasilan tidak memberangsangkan..
Boleh minta tolong bagi tunjuk ajar tentang macam mana mau lagi bagus penghasilannya.. formula dan sebagainya..
saya juga kompius tentang harverst. seringkali baja saya masih banyak anak-anak cacing yang tertinggal.. satu kerugian kerana saya menjualnya vermicompos bersama anak-anak cacing…

norasheken March 21st, 2009 at 7:35 pm

tahniah diatas kejayaan saudara..dalam psar chukai sebelah mne saudara menjual…

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image