Parti selamat jalan


SAMBIL menikmati hidangan anda juga dihiburkan dengan band yang membuat persembahan.


SAMBIL menghantar rakan atau insan tersayang ke lapangan terbang, anda juga berpeluang untuk mengadakan parti selamat jalan untuk mereka pada hari yang sama.Acara ini boleh diadakan di Hotel Pan Pacific International Airport yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Tidak perlu tergesa-gesa, pihak hotel menyediakan servis buggy selama 24 jam sehari di antara hotel dan KLIA.

Lebih istimewa, pelanggan turut diberi diskaun sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bil. Promosi Hotel Pan Pacific International Airport ini termasuklah di restoran:

*Degrees - Terdapat lebih 150 jenis masakan Asia, antarabangsa dan fusion bermula daripada sarapan pagi, makan tengah hari mahu pun makan malam. Selain itu, terdapat juga seleksi pilihan makanan Jepun. Ia dibuka 24 jam.

*Ashoka (Kuisin India utara) - Dibuka untuk makan tengah hari bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang manakala makan malam (6 petang hingga 10 malam).

*Palmz Lounge - Dengan iringan muzik yang menenangkan, anda boleh menikmati seleksi pastri, snek dan minuman ringan di Palmz Lounge. Selain itu, anda juga boleh menggunakan internet tanpa wayar, menonton televisyen dan mendapatkan maklumat mengenai penerbangan. Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 malam.

*Traveller’s Bar & Grill - Sementara menunggu waktu berlepas, penuhi masa anda dengan menikmati menu masakan Barat seperti piza, burger atau menu Melayu seperti sate. Anda juga boleh meluangkan masa bermain snuker atau menikmati hiburan secara langsung oleh band yang membuat persembahan. Ia dibuka pada hari Ahad hingga Khamis bermula pada pukul 5 petang hingga 1 pagi manakala pada hari Jumaat dan Sabtu, ia dibuka dari pukul 5 petang hingga 2 pagi.

Bagaimana anda boleh menikmatinya?

*30 peratus daripada jumlah bil keseluruhan untuk makanan dan minuman hanya terhad kepada 5 orang sahaja.

*Promosi ini hanya sah untuk makanan dan minuman di hotel seperti Degrees Restaurant, Ashoka Restaurant, Traveller’s Bar & Grill dan Palmz Lounge.

*Setiap tetamu perlu menunjukkan sekurang-kurangnya sekeping tiket penerbangan sebagai bukti anda atau rakan anda akan berlepas ke luar negara atau negeri lain. Tiket itu juga haruslah sah untuk penerbangan pada hari tersebut atau keesokan harinya (dalam masa 24 jam).

*Promosi ini bermula sejak April berakhir hingga 31 Mei ini. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-8787 3333.

This entry was posted on Monday, May 5th, 2008 at 5:39 pm and is filed under Isu Semasa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image