‘Saya bukannya tidak berbaju’

Elyana jawab kritikan Kak Pora mengenai kemunculannya tanpa kasut ketika buat persembahan di APM 2008
http://double_e.blogs.friendster.com/photos/uncategorized/8122005_elyana3001.jpg

SEINGAT saya, bermula Anugerah Industri Muzik (AIM) sekitar 2005, saya membuat persembahan pertama kali dengan tidak memakai kasut. Ketika itu juga saya baru muncul dengan album Bicara Mata Ini. Pada mulanya saya tampil di pentas dengan tidak memakai kasut bukannya nak muncul dengan imej sendiri, sebaliknya memilih mengutamakan keselesaan diri.

Ketika itu saya menyanyikan lagu Tak Tercapai Akalmu. Saya mengenakan dress labuh masa tu. Lazimnya dress labuh dipadankan dengan kasut bertumit tinggi. Saya memang tak selesa dengan kasut tumit tinggi, memakainya sambil berdiri pun tak selesa, badan tak seimbang. Jadi, adalah lebih baik saya tak pakai kasut. Bermula dari situ, amalan tidak memakai kasut ketika membuat persembahan akhirnya menjadi kebiasaan.

Bukannya saya tak pakai kasut supaya orang lebih kenal siapa Elyana, sebaliknya semata-mata saya berbuat begitu kerana keselesaan. Pun begitu, bukannya semua majlis saya menyanyi, saya tidak memakai kasut. Sekiranya penganjur meminta saya supaya memakai kasut, saya menuruti kehendak mereka. Namun, jika penganjur tak cakap apa-apa, saya tak pakai kasutlah.

Saya tak pernah buat kenyataan, saya tak pakai kasut untuk imej. Tapi, apabila saya kerap menyanyi tidak memakai kasut dan ada ketika saya memakai kasut, orang akan mempersoalkan, Elyana kenapa pakai kasut? Mereka kata kelaziman tidak memakai kasut itu boleh jadi imej atau identiti. Kadang-kadang saya terfikir, betul juga, kelaziman tidak berkasut ini boleh jadi imej. Namun, segala-galanya berbalik kepada keselesaan.

Justeru, sejak 2005 hingga sekarang, kelaziman tidak memakai kasut itu sudah menjadi keselesaan dan perkara itu disokong oleh peminat dan mereka yang terdekat. Secara tidak langsung, kebiasaan tidak berkasut ketika membuat persembahan, akhirnya menjadi identiti, tapi identiti saya letakkan di tempat kedua, paling penting ialah keselesaan dan kelaziman tetap nombor satu. Begitu juga halnya ketika saya membuat persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 baru-baru ini, saya tidak memakai kasut.

Sampai sekarang pihak penganjur tak cakap apa-apa. Kenapa orang lain pula yang lebih-lebih mempersoalkannya? Sedangkan penganjur dan orang di sekeliling saya dah tahu, saya akan tampil dengan imej tidak memakai kasut. Saya tertarik mengulas komen Kak Pora menerusi Bintang Popular pada Ahad lalu (27 April 2008) apabila dia mendakwa seolah-olah saya memalukan Malaysia apabila tidak memakai kasut ketika menyanyi di pentas APM2008! Bagaimana dengan artis wanita lain yang pakaian mereka terlalu terdedah di bahagian dada, itu tidak memalukan Malaysia ke?

Bayangkan dalam satu majlis anugerah berprestij, letakkan saya bersebelahan dengan seorang artis wanita yang berpakaian terlalu seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dadanya, saya pula memakai baju biasa, tetapi tidak memakai kasut. Mana yang nampak kurang sopan dan kurang bijak? Saya nak tanya Kak Pora, kalau Kak Pora menjawab wanita itu adalah saya, maknanya Kak Pora lah yang kurang bijak!

Kak Pora ada-adakan cerita BAGI saya, definisi kasut ialah menghindari kaki dari terpijak benda kotor dan objek yang boleh mencederakan kaki. Bagi saya, antara pakaian dan kasut, pakaian lebih penting berbanding kasut. Kak Pora mendakwa penampilan saya pada malam APM2008 agak pelik, kurang sopan dengan tetamu yang hadir.

Bagi saya, Kak Pora perlu membuka matanya. Industri muzik negara kita tak boleh membangun kerana ada orang seperti Kak Pora ini yang berfikiran tertutup! Tapi, apabila artis luar buat, jadi kebanggaan orang Malaysia. Seperkara lagi, mungkin Kak Pora ada membuka kilang kasut. Apabila saya tidak memadai kasut, mungkin dia berasa satu kerugian kerana saya tidak kembeli kasut dari kilangnya!

Tambah Kak Pora, artis dari Indonesia dan Singapura tersenyumsinis apabila tengok saya tak pakai kasut. Mungkin Kak Pora mengadaadakan cerita kerana saya tak fikir begitu. Masa berjalan saya memakai kasut, cuma di pentas saja saya buka kasut. Lagipun saya tak kisah orang nak cakap apa apabila melihat saya tidak memakai kasut, janji saya selesa.

Kata Kak Pora lagi, elok juga semua stesen TV memastikan penyanyi mesti pakai kasut kalau hendak muncul dalam mana-mana program hiburan. Bagi saya, Kak Pora kena buka stesen TV sendiri.

Bukannya ada apaapa pun, hanya kaki saja.

Semua orang kita boleh nampak kaki, saya pun boleh nampak kaki Kak Pora sekiranya dia pakai selipar! Apabila saya nampak kaki Kak Pora, adakah Kak Pora tak hormat orang? Kak Pora kena pakai stokin setiap masa ke? Sebenarnya tak ada istilah saya tidak menghormati tetamu APM2008. Apa yang saya buat ni adalah untuk diri saya supaya berasa selesa.

Komen Kak Pora yang mengatakan kalau kita ke kampung melalui jalan atau berada di kawasan becak, orang faham kenapa terpaksa berjalan tak pakai kasut, bagi saya Kak Pora ini seolah-olah menghina orang kampung! Kenapa orang kampung saja yang disebut, Kak Pora ni berasal dari kampung mana? Apabila orang kampung baca komen Kak Pora, pasti mereka berasa dihina.

Kalau tak suka jangan tengok BAGI saya, tiada istilah kasut harus dipakai di mana-mana saja kita berada atau hanya orang tertentu saja yang boleh pakai dan tak pakai kasut. Kalau orang kampung lalu di kawasan becak, dia tak nak pakai kasut, mungkin dia tak nak kasut dia kotor. Tapi, kalau mereka geli dengan becak tu, mereka berjalan pakai kasut juga.

Sama halnya dengan saya, terpulanglah sama ada saya nak pakai kasut atau tidak. Bergantung kepada keselesaan. Stesen TV sendiri tak pernah mengeluarkan sebarang garis panduan yang mewajibkan semua penyanyi harus memakai kasut ketika membuat persembahan. Kalau Kak Pora nak buat undangundang sendiri, macam saya kata tadilah, buat stesen TV sendiri. Tapi, jika ada arahan dikeluarkan semua stesen TV, penyanyi wajib pakai kasut apabila muncul menerusi rancangan hiburan, saya harus akur.

Anak saudara Kak Pora yang sebaya dengan saya, tak ada kena mengena dengan saya. Kalau anak saudara Kak Pora tak suka melihat saya tidak memakai kasut, jangan tengok. Selagi saya berada dalam industri ini, saya tetap tidak memakai kasut. Menari terkinja-kinja atau sebaliknya, saya tetapi tidak memakai kasut. Suka hati sayalah! Begitu juga dengan kasut tumit tinggi ke, tumit rendah atau tidak bertumit, saya tetap tidak memakai kasut apabila membuat persembahan.

Bagaimanapun terima kasih kepada Kak Pora menegur kerana saya yakin dia menyayangi diri saya. Sekalipun sudah ditegur Kak Pora, saya tetap tidak akan memakai kasut setiap kali membuat persembahan. Kepada Kak Pora, janganlah terlalu terkejut apabila

melihat saya menyanyi tidak memakai kasut pada APM 2008 baru-baru ini kerana sudah lama saya tampil tidak berkasut di pentas.

Saya harap isu tidak memakai kasut ini janganlah diperbesarkan lagi kerana saya bukan membuka baju, sekadar membuka kasut saja!?

This entry was posted on Tuesday, May 6th, 2008 at 11:49 am and is filed under Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “‘Saya bukannya tidak berbaju’”

Pencinta Muzik June 17th, 2008 at 10:06 am

Sy harap emel sy ni dapat di baca oleh kak pora sendiri…
Kak Pora..bagi sy akak ni terlalu sibukkan hal org lain.sy sokong apa yang dikatakan oleh elyana.salahkah seseorang itu ada imej untuk dirinya sendiri.kenapa sampai orang xpakai kasut pun akak nk duk cerita kat dalam ruangan ni.malu la org.memalukan org lain 2 kan perbuatan xelok.bukankah sedikit sebanyak apa yang akak buat tu akan menjatuhkan elyana.kalau betul niat tu untuk menegur,xpayah la sampai nk siarkan kat dalam ruangan ni.ckp la terus pada org tu sendiri.cube la citer kebaikan org plak.sy yakin,akan ramai org yang akan suka.Pandangan mata setiap org berbeza.xsemestinya sama.xboleh la asyik ikut pandangan akak.ape yang akak nmpk 2 xsemestinya org akan sokong.dah banyak cerita yang akak buat sy baca.Boleh dikatakan 9 daripada 10 cerita adalah cerita tentang buruk org.semuanya ala-ala nk menjatuhkan org lain(Wlupun xda niat)..bila fara pakai seluar ketat pada konsert Gangstarz, akak ckp xsesuai dgn bodi dia,akak ckp akan jd bahan ketawa org lain..Apek pulak akak ckp asyik mcm tu je..xda perubahan lgsg..tp bila ada orang hentam siti tentang penampilannya dalam AJL22 kat internet, akak ckp xda pape yang janggal dalam penampilannya.Knp plak mcm 2…sbb dia org besar?sbb dia datuk?adil ke mcm tu kak.tu lah manusia, dalam satu lukisan yang ade satu segiempat yang besar,satu titik kat tengah 2 jugak yang org akan nmpk,yang org pertikaikan.sudah2la kak.jgn asyik nk mencari salah org lain..industri muzik malaysia ni dah la kecik je,kalau ada 10 org mcm akak ni,nmpknye..bertambah kecik la.bkn nk suruh akak jatuh,tp binalah dengan cara yang betul.Fikir-fikirkanlah kak.Salam.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image