Gambar dada Mischa Barton
![]() |
|
BERCUTI di Pulau Hamilton adalah satu rutin santai bagi Mischa Barton. Namun lain pula jadinya apabila seorang paparazi mengambil foto bintang O.C itu sedang berjemur dengan mendedahkan dadanya.
Pelakon berusia 22 tahun itu menghabiskan masa bersama ibunya di pulau itu selama dua hari.
“Kami mahu mengurangkan tekanan di bawah matahari yang panas.
“Tiba-tiba saja Jamie Fawcett (paparazi) keluar dari belukar dengan sebuah kamera lalu mengambil gambar saya. Dia mengekori kami dengan bot!” kata Barton kepada Sydney Morning Herald.
Tambahnya lagi: “Dia seorang yang teruk. Saya sangat marah dan memberitahunya betapa kecewanya saya mengenai perlakuan itu. Dia meminta maaf tetapi saya tidak mempercayainya lagi.”
Mischa tidak berpuas hati dengan paparazi itu dan menganggap lelaki itu bukanlah seorang yang jujur dan kerana itu dia tinggal di Paris untuk mendapatkan privasi seperti yang diinginkannya.
“Mempunyai sebuah apartmen di Paris adalah satu kebaikan untuk saya dan ibu,” katanya.
This entry was posted on Wednesday, May 7th, 2008 at 4:10 pm and is filed under Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



