Ferguson harap bantuan Knox


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini mengharapkan ‘ihsan’ bekas pembantunya, Archie Knox dalam misi memastikan skuad Red Devils itu muncul juara Liga Perdana England musim ini.
Bagi Ferguson, dia cukup percaya dengan kemampuan Knox akan membantu Bolton Wanderers membuat kejutan ke atas Chelsea pada perlawanan terakhir liga Ahad ini.
![]() |
UNITED perlu mengelak daripada kalah kepada Wigan pada perlawanan terakhir liga esok. |
United akan dinobatkan sebagai juara liga sekiranya berjaya menewaskan Wigan Athletics atau sekurang-kurangnya mencatat keputusan yang sama seperti Chelsea.
Kedua-dua pasukan itu terikat dengan 84 mata tetapi United memiliki kelebihan berdasarkan jaringan gol.
Menurut Ferguson, Bolton yang dikendalikan oleh Gary Megson serta pembantunya, Knox mampu memberi kejutan kepada Chelsea sekali gus memudahkan tugasnya untuk meraih gelaran juara.

“Semua akhbar seringkali bercakap mengenai integriti Wigan tetapi tiada seorangpun yang bercakap mengenai Bolton,” kata Ferguson semalam.
“Ini memang sesuatu yang menarik.”
- Reuters
This entry was posted on Saturday, May 10th, 2008 at 8:39 pm and is filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



