RM94 juta nilai Peter Crouch

CROUCH (kanan) gagal menyerlah di Anfield selepas hanya memanaskan bangku simpanan.
LONDON - Liverpool meletakkan harga 15 juta pound (RM94 juta) ke atas penyerang England, Peter Crouch kelmarin.Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui bahawa Crouch berasa kecewa selepas lebih banyak diletakkan di bangku simpanan berikutan kehadiran Fernando Torres di Anfield musim ini.
Begitupun peluang Crouch untuk mendapat tawaran mungkin sukar kerana dia masih lagi dianggap sebagai salah seorang pemain bernilai di kelab itu.
“Crouch mahu bermain setiap minggu tetapi dia sedar bahawa dia perlu bersaingan dengan Fernando Torres,” kata Benitez.
“Kami mendapat tahu Portsmouth berminat untuk mendapatkan penyerang ini tetapi kami belum menerima sebarang tawaran. Harga 15 juta pound tidak boleh dirunding lagi.”
Benitez juga mengesahkan pemain tengah Harry Kewell yang tamat kontrak akhir musim ini akan meninggalkan kelab itu dan sebagai ganti, dia berminat untuk mendapatkan pemain tengah England, Gareth Barry.
“Saya sudah bercakap dengan (pengurus Villa), Martin O’Neill dan dia memahami maksud saya,” kata penggendali dari Sepanyol itu.
“Tetapi kami bersetuju untuk menunggu hingga akhir musim ini untuk mengadakan rundingan seterusnya.” - AFP
This entry was posted on Saturday, May 10th, 2008 at 8:40 pm and is filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


