Jes gembira dengan Maicah
09-05-2008 11:36:48 AM
oelh ZANARIAH ABD MUTALIBSUDAH lama kita tidak mendengar cerita penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim. Sejak mendirikan rumah tangga dengan jejaka New Zealand, Dion Vercoe, tiga tahun lalu, Jes menjadi low profile. Cuma sesekali kita dapat melihat wajahnya dirakam lensa kamera ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Selasa lalu, penulis bertemu dengan Jes ketika dia hadir mengacarakan pelancaran ‘Kenduri Kahwin’ Astro Megadrama. Masih cantik dan kecil molek seperti dulu, cuma dia kelihatan sibuk menjaga buah hati barunya, Maicah Lee Hashim Vercoe yang baru berusia tujuh bulan.
“Jes sekarang sibuk menguruskan Maicah dan suami Jes. Jes sangat happy dengan kehidupan sekarang,” katanya ketika ditanya mengapa sudah lama menyepikan diri.
Sambil melayan kaletah anak pertamanya itu, Jes berkata dia sekarang lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan melakukan kerja-kerja rumah.
“Memang Jes sudah lama tidak muncul dengan album dan filem baru tapi Jes bukannnya merajuk. Cuma Jes gembira dengan apa yang Jes buat sekarang..
![]() |
|
Jes gembira dengan buah hati barunya, Maicah |
“Memang rindu untuk terlibat semula dalam dunia seni tetapi apabila memikirkan kesibukan dan cakap-cakap orang lagi, Jes rasa biarlah Jes begini.“Kalau kita ada album baru atau filem baru, kita mesti nak kena selalu berhadapan dengan khalayak untuk promosi dan sebagainya dan Jes mesti akan menjadi perhatian.
“Sebab itu, Jes rasa selesa dengan apa yang Jes ada sekarang. Low profile dan tiada tanggungjawab yang perlu dipegang,” katanya yang pernah menimbulkan kontroversi kerana imejnya yang seksi.
Menurut Jes, dalam kesibukan menguruskan keluarga, dia juga masih meneruskan perniagaan kasut dan bajunya di bawah label “Jeslina Hashim’.
“Jes masih meneruskan perniagaan kasut dan baju Jes. Kadangkala, Jes juga menjadi wedding planner. Bukan secara official, cuma untuk rakan-rakan dan kakak Jes yang akan berkahwin pada Jun ini.
“Selain itu, Jes juga kadangkala menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu tapi itu pun tidak selalu. Mungkin sebulan atau dua bulan sekali,” kata penyanyi yang berusia 30 tahun ini.
Kata Jes, walaupun dia sudah lama tidak muncul, namun pihak media kadangkala ada menghubunginya untuk sesi fotografi bersama dengan anaknya, Maicah.
“Memang ada yang minta untuk shoot Jes dan anak tapi Jes akan menolak dan hanya akan menghantar gambar kami.
“Entahlah, Jes memang suka tidak terlalu expose seperti macam dulu, Jes memang senang macam ni,” katanya.
This entry was posted on Monday, May 12th, 2008 at 6:57 am and is filed under Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



