Aznil serasi dengan kanak-kanak

Aznil Nawawi memang kreatif. Letak di mana sahaja pasti menjadi. Walaupun tidak lagi mengacarakan program popular Akademi Fantasia, Aznil masih banyak pengikut. Programnya bersama kanak-kanak, Tom Tom Bak terus diminati.

Tom Tom Bak kini bakal masuk musim baru. Uji bakat pencarian peserta baru yang bakal menghiasi program itu diadakan baru-baru ini. Aznil happy sepanjang sesi uji bakat yang turut dikendalikannya pada 10 Mei 2008 lalu.

Ramai yang datang. Aznil memang disenangi oleh kanak-kanak. Malah dia sendiri seronok melayan kerenah kanak-kanak. Maklumlah anak sendiri sudah besar dan Aznil pula tanpa isteri, jadi kenalah bermanja dengan kanak-kanak dalam program yang dikendalikannya

“Memang seronok melayan kanak-kanak dan satu perkara yang pasti ialah mereka tak pandai berbohong. Apa yang diperkatakan atau dilakukan itulah diri mereka sendiri,” kata Aznil yang memang banyak terdedah dengan program bersama- kanak-kanak sejak dulu lagi.

This entry was posted on Tuesday, May 13th, 2008 at 11:32 am and is filed under Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Aznil serasi dengan kanak-kanak”

NOR ATIQAH BT RIDZUAN June 5th, 2008 at 6:00 pm

ABG AZNIL NI KIUT LAR……….. COMEL MINAT ABG AZNIL NGAN KITE SAME SUKE BUDAK BUDA SAYE PUN SUKE SANGAT BUDAK BUDAK DIORANG NI KIUT SANGAT KAN ABG AZNIL ABG AZNIL I LOVE U

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image