Mesti siap 1 minit
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIFBermula daripada minuman, burger, kentang goreng sehinggalah ke sajian manisan, sebaik-baiknya mereka perlu melakukannya dalam masa satu minit.

“Hai, selamat datang ke McDonald’s. Ingin mencuba set terbaru kami?… Terima kasih, sila datang lagi.”Inilah sapaan yang biasa didengar setiap kali mengunjungi restoran makanan segera, McDonald’s. Setibanya di kaunter, pelanggan disambut mesra dan senyuman daripada petugas kaunter. Sementara menunggu pelanggan membuat pilihan menu, petugas kaunter akan menawarkan beberapa hidangan yang menarik dan lazat.
Selesai sahaja pilihan menu dibuat, petugas kaunter bergegas mengambil makanan yang ditempah. Bermula daripada minuman, burger, kentang goreng sehinggalah ke sajian manisan, sebaik-baiknya mereka perlu melakukannya dalam masa satu minit.
“Setiap krew kaunter dinasihatkan melayan dan menyajikan tempahan pelanggan dalam masa satu minit. Sebab itulah, bertugas di restoran makanan segera memerlukan pergerakan yang cepat dan dengan kadar segera.
(nak makan BERGER FREE klik IKLAN ‘BIG MAC’ tu..)
“Lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak seperti makan tengah hari dan makan malam. Kehadiran pelanggan yang ramai memerlukan kami bergerak dengan lebih pantas dan menyediakan tempahan pelanggan seperti burger, bubur nasi, kentang goreng atau ayam goreng dalam kuantiti yang besar. Ini bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama,” jelas Pembantu Pengurus ke-2 McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur, Zahidah Zaid yang berusia 23 tahun.
Sebenarnya bekerja di restoran makanan segera bukan sahaja memerlukan krew melayan pelanggan, bahkan terdapat tugasan lain seperti penghantar makanan, memasak, mencuci, mengelap lantai, menyapu dan membuang sampah.
![]() |
DI bahagian kaunter, setiap krew perlu sentiasa tersenyum dan bercakap lembut dengan pelanggan. |
Persoalannya, apakah keistimewaan bertugas di restoran makanan segera? Tidakkah tugas tersebut hanya membebankan, apatah lagi kerja dalam tempoh tujuh hingga sembilan jam sehari?
Menjawab soalan tersebut, Zahidah yang gemar membahasakan dirinya Ida, menjelaskan tugasan tersebut tidak sesukar mana sekiranya setiap individu melakukan tugasan masing-masing.
Meskipun bertugas di restoran makanan segera memerlukannya sentiasa menguntumkan senyuman, bersifat ceria dan melayan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam, Zahidah tetap gembira dengan kerjaya tersebut.
Tambah anak bongsu daripada dua adik-beradik ini, dia mula berkhidmat di McDonald’s, pada bulan Mac 2005.
Pada mulanya, kerja itu sekadar mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menyedari duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kerja membosankan, Zahidah berpendapat adalah lebih baik dia menimba pengalaman dan mencari wang saku.
![]() |
KREW perlu sentiasa memastikan keperluan di seksyen kentang goreng mencukupi. |
Namun dia tidak menyangka sama sekali daripada sekadar suka-suka, akhirnya bertukar menjadi kerjaya.
Pada hari pertama bertugas, selepas menyarungkan uniform dan berkenalan dengan krew yang lain, Ida dibawa meninjau persekitaran restoran.
Pihak pengurus menerangkan serba sedikit mengenai tugasan seorang krew dan beberapa perkara yang perlu dilakukan.
“Seingat saya, seksyen kentang goreng adalah seksyen pertama tempat saya ditugaskan. Kerja saya bukan sekadar menggoreng kentang tetapi pada masa yang sama, saya perlu memastikan seksyen tersebut bersih dan lengkap dengan keperluan. Antaranya paket kentang goreng, garam, stok kentang dan minyak masak sentiasa ada.
“Kemudian, setelah mahir dan mula memahami rentak bekerja di sini, saya ditugaskan di bahagian kaunter, lobi dan seterusnya di bahagian dapur. Di dapur, kami dinasihatkan mengikut garis panduan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan,” ujarnya yang sudah berkhidmat selama lima tahun dengan tugas pertama bermula dari peringkat krew.
Menyentuh lanjut mengenai kerjaya di restoran makanan segera, Ida menyatakan, ia suatu pilihan yang bijak dan tidak sia- sia. Ini kerana setiap krew dibayar gaji mengikut jam. Lebih menarik lagi apabila gaji bulanan yang diterima dipotong untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Socso.
Faktor ini dapat membantu pekerja menyimpan bekalan pada hari tua dan dilindungi sekiranya mengalami kemalangan ketika bertugas.
Selain itu, Ida merasakan bekerja di sini banyak membantunya dari segi komunikasi dan bijak mengawal emosi ketika berhadapan dengan pelanggan yang cerewet sekali gus didedahkan tentang aspek kebersihan restoran. Ini perlu dititikberatkan memandangkan McDonald’s merupakan perniagaan makanan.
Bukan itu sahaja, para pekerja yang rajin dan berdisiplin dalam melakukan tugasan tidak dipandang sebelah mata.
![]() |
ZAHIDAH ZAID |
Sebaliknya pihak pengurusan akan mempromosi krew tersebut untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi.
Seperti Ida, berkat kesungguhan, rajin dan peramah melayan pelanggan telah melayakkan dirinya dilantik menjadi ketua krew. Walaupun beban tugasannya sedikit bertambah seperti memantau krew dan membantu pengurus, Ida semakin bersemangat menjalankan tugasan.
Lantas, sekali lagi dia dinaikkan pangkat menjadi Floor Manager (FM) dan kini menjawat pembantu pengurus ke-2.
“Saya bersyukur kerana memiliki kerjaya yang mampu menjamin masa depan. Walaupun hanya berkelulusan SPM, tetapi pihak majikan tidak pernah memperlekehkan saya. Sebaliknya, memilih saya berdasarkan usaha, kegigihan dan disiplin.
“Justeru, saya menyarankan kepada individu yang masih mencari kerja atau menganggur, jangan lepaskan peluang untuk berkhidmat di sini. Ini kerana anda bakal memperoleh gaji yang lumayan, kenaikan pangkat, perkhidmatan perubatan, cuti tahunan, makanan percuma dan elaun,” ujarnya yang pernah memenangi anugerah Krew Terbaik Bulanan dan layak bertanding di bahagian pengurus dalam Mcd Olimpik 2008 pada Februari lalu.
![]() |
SETIAP krew disarankan mengikut garis panduan ketika bertugas di dapur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. |
Sementara itu, Pengurus Kanan Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Dominic Lopez, menyatakan kebanyakan krew yang pada dasarnya berkhidmat secara sambilan, akhirnya bekerja sepenuh masa.
“Memandangkan jadual kerja yang fleksibel, di mana krew boleh memilih waktu dan hari yang dikehendaki, persekitaran restoran yang selamat dan bersih serta peluang kenaikkan pangkat, membuatkan mereka merasa terjamin bertugas di McDonald’s.
“Berdasarkan statistik Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, pada hari ini kami memiliki 7,500 krew dan 1,400 pengurus. Dan, kami masih mengharapkan lebih ramai krew baru kerana pada setiap tahun, McDonald’s bakal membuka 10 hingga 12 cawangan baru,” jelas Dominic yang juga sebelum ini bertugas sebagai krew biasa di McDonald’s Seksyen 14, Petaling Jaya.
Faktor masa yang fleksibel banyak menarik minat kumpulan pelajar atau individu yang bekerja. Contohnya, Suziana Sairi, 23, yang bertugas secara sambilan di McDonald’s Mont Kiara, pada pukul 6 petang hingga 12 malam, setiap Isnin hingga Khamis. Ini kerana pada sebelah pagi, Suziana bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat guaman di sekitar Kuala Lumpur.
“Restoran McDonald’s sentiasa menerima pekerja sambilan dan sepenuh masa. Tawaran ini dapat membantu saya mendapat wang yang lebih, terutamanya kepada pelajar universiti. Kebanyakan pelajar universiti akan bertugas pada hujung minggu atau cuti semester,” jelasnya yang mula bekerja di McDonald’s pada usia 18 tahun.
![]() |
BEKAS minuman disusun mengikut saiz. |
“Bekerja di McDonald’s bukan sekadar ‘bekerja’, tetapi kami turut menawarkan peluang kepada setiap krew untuk mengasah kemahiran baru supaya mereka boleh beralih ke bahagian korporat McDonald’s atau syarikat lain,” tambahnya.
Pada peringkat krew, mereka akan didedahkan pada aspek kebersihan, kerjasama, melayan dan menarik perhatian pelanggan.
Di peringkat pengurus pula, mereka cenderung ke arah meningkatkan peratus jualan produk untuk mencapai misi yang ditetapkan mengikut kawasan, bahagian, negeri dan organisasi restoran itu sendiri.
This entry was posted on Tuesday, May 13th, 2008 at 11:09 am and is filed under kehidupan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.







