David Cook juarai American Idol

22-05-2008 12:56:12 PM

LOS ANGELES: Peserta berusia 25 tahun, David Cook akhirnya berjaya dinobatkan sebagai juara American Idol bagi musim ketujuh pada peringkat akhir program realiti popular itu yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, California, pagi tadi.

Cook berjaya menewaskan seorang lagi finalis, David Archuleta,17, yang mana dikhabarkan undian diterima di antara kedua-dua ‘David’ itu menyaksikan perbezaan besar iaitu kira-kira 12 juta undian.

Pada acara tersebut, Cook menyanyikan tiga buah lagu iaitu I Still Haven’t Found What I’m Looking For, Dream Big dan The World I Know manakala Archuleta juga menyampaikan tiga buah lagu iaitu Don’t Let The Sun Go Down On Me, In This Moment dan Imagine.

Acara tersebut telah dihoskan oleh Ryan Seacrest manakala Randy Jackson, Simon Cowell dan Paula Abdul merupakan juri tetap untuk program American Idol.


Cook, Archuleta bersama finalis American Idol musim ketujuh (AP)


Cook tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan sebagai juara (Foto AP)


Paula dan Randy (kanan) menyanyi bersama salah seorang peserta American Idol, Renaldo Lapuz menerusi lagu We’re Brothers Forever (Foto REUTERS)


Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood turut membuat persembahan pada acara kemuncak tersebut (Foto REUTERS)

This entry was posted on Thursday, May 22nd, 2008 at 5:20 pm and is filed under Hiburan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image