Juara AF6 bukan lagi rahsia?
22-05-2008 11:35:05 AM
Oleh ZIEMANIDAMAN setiap pelajar akhir AF6 untuk menjadi juara. Namun rezeki tidak ada siapa dapat menentukan. Walau anugerah yang dikejar oleh setiap lima pelajar - Stacy, Nadia, Riz, Nubhan dan Toi di peringkat akhir Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil jam 9 malam, tapi realiti kehidupan, kekalahan bukan penghabis satu perjuangan.

Siapakah yang akan bergelar juara AF6?
Seandainya matlamat semua pelajar untuk mencipta nama dalam industri hiburan, inilah titik tolaknya. Semuanya terbentang luas di hadapan.Walaupun jatuh tersungkur sebelum pusingan akhir, tapi kalau sudah rezeki tidak ke mana.
Dalam lima pelajar yang mara ke pusingan akhir, masing-masing mempunyai kelebihan menggondoli hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Juara AF6. Walaupun Stacy tampak hebat dan selesa kerana persembahan yang mantap saban minggu, disokong pula oleh Fan Clubnya yang ramai, mungkin juga laluan untuk menjadi Juara AF6 tidak semudah yang dijangka.
Baik Riz mahupun Nadia yang juga peserta ‘favourite’ kali ini juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Begitu juga Toi dan Nubhan, mereka juga tidak terkecuali dan berpeluang bergelar juara.
Ada yang membuat spekulasi tentang pemilihan lagu yang bagus memberi kecenderungan kepada sesuatu pelajar. Ini mungkin juga satu teori rambang yang ada kebenarannya. Ada juga yang membuat spekulasi lain, membuat andaian bahawa Juara AF ‘dirancang.’
Sejauhmana kebenarannya kita perlu mengkaji semula ‘teori’ pemenang dari musim pertama, Vince hinggalah ke Zahid, Mawi, Faizal dan Mila.
Cakap-cakap liar yang mengatakan untuk musim kali ini, pihak Astro berminat untuk menobatkan Juara dari Malaysia Timur, yakni dari Sabah kerana belum pernah diberi peluang, mungkin akan menjadi kenyataan. Siapa tahu?
Walaupun pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak mempunyai bakat besar dan mutu nyanyian yang mengagumkan, ‘tuah’ belum menyebelahi mereka. Nama-nama seperti Velvet, Linda Nanuwil, Marsha, Lotter, Ebi, Rich, Amirul dan Nora sudah lama melekat di hati peminat mereka di Semenanjung.
Dalam kelima-lima peserta, Stacy mempunyai harapan cerah kerana beliau belum pernah lagi menghampakan peminat AF musim ini. Stacy juga merupakan pelajar yang paling tekun dan memanafaatkan segala pembelajaran yang diterima. Sikap dan keletahnya di dalam Diari AF setiap hari juga manis dipandang mata, tidak seperti taglinenya ‘Terlebih Sudah’.
Justeru, mungkin inilah hadiah yang layak diberikan padanya - dimahkotakan sebagai Juara AF6.
Tempat kedua dan ketiga layak dikongsi bersama Riz dan Nadia. kedua-dua mereka tidak begitu konsisten dan terpulang pada lagu yang diberi. Mood juga banyak mempengaruhi cara nyanyian dan persembahan mereka berdua.
Nubhan dan Toi adalah darkhorse untuk konsert terakhir AF6. Nasib dan rezeki mereka tiada siapa yang dapat buat telahan…
Biar apa pun telahan yang dibuat, antara kelima-limanya berpeluang merebut hadiah utama berjumlah RM733,734 berupa sebuah banglo empat bilik di A Famosa Melaka RM550,000, kereta Peugeot 307X RM139,535, wang tunai RM25,000, pakej percutian tujuh hari lima malam ke Afrika Selatan RM8,000, pakej pelancongan ke New York RM10,000, Sony Playstation RM10,000 dan trofi AF.
Tunggu dan lihat sahaja samada juara AF6 bukan lagi rahsia atau tidak….
APA KATA ARTIS LAIN
AISHAH: Saya suka cara Stacy, Riz dan Nadia. Ketiga-tiga mereka mempunyai range suara yang merdu. Stacy unik, Nadia ada tarikan tersendiri begitu juga Riz.Walaupun kali ini mutu persembahan pelajarnya tidak begitu memberangsangkan, masih ada dua tiga pelajar yang boleh dianggap ok.
FARHAN AF4: Saya mahukan pelajar perempuan untuk menang. Kali ini nampak sangat ‘girl power’ mendahului. Pelajar lelaki tu, saya no komenlah…
NURUL: Saya pilih Stacy sebab suaranya bagus dan beliau mempunyai bakat serta kelebihan tersendiri. Stacy juga ada nilai komersial dan aura sebagai performer.
FAZURA: Semua bagus. Namun, saya lihat Stacy mempunyai suara yang bagus. Dia juga melakukan persembahan yang konsisten dan carry the song well.
SAZZY FALAK: Saya harap Nadia yang jadi juara sebab dia bagus. Namun, semuanya berbakat, jadi susah nak cakap. Kalau lelaki pula saya pilih Riz. Harap-harap peserta wanita yang menang. Cukuplah, kita dah ada empat juara lelaki. It is great if a girl…
NOH (HUJAN): Saya rasa Nadia yang akan bergelar juara sebab dia terror.
NORYN AZIZ: Peserta kegemaran saya adalah Stacy dan Nadia. Saya harap antara mereka akan bergelar juara kerana girl power.
AZHARINA AZHAR: Kalau melihat dari segi bakat, secara peribadi saya memilih Nadia dan Stacy. Yang lelaki pula saya suka Riz. Jadi kalau ditanya tentang juara, saya rasa Nadia. Yang kedua Stacy dan ketiga adalah Riz. Kenapa saya pilih Nadia, sebab pakej suara dan rupa yang diperlukan dalam industri ini.
This entry was posted on Thursday, May 22nd, 2008 at 5:16 pm and is filed under Hiburan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


