Ditawar RM6,100 satu malam
Ditawar RM6,100 satu malam
SEBAIK selesai persembahan berkenaan, saya terus menerima panggilan daripada seseorang yang menghubungi saya menggunakan private number. Cara percakapannya seperti orang Cina saja. Katanya dia mewakili majikannya yang berhasrat bertemu saya. Katanya lagi, dia sedia membayar RM6,100 dan harga itu boleh dirunding! Dia sanggup up lagi harga!
Mati-mati saya ingatkan bayaran itu untuk show, saya tanya lagi, ini show untuk apa? Dia menjelaskan, bayaran itu bukan untuk show, tapi majikannya hendak berjumpa dengan saya. Satu malam, sekali jumpa, dia nak bayar saya RM6,100. Dia minta saya jangan bimbang, soal harga boleh dirunding lagi. Saya terkejut sampai tak tahu nak cakap apa! Terus saya katakan pada orang itu, oh sorry, saya bukan Marsha. Kalau ada apa-apa, boleh tak dia berunding dengan pengurus saya? Memang alasan itu tak munasabah, tapi itu saja cara untuk menyelamatkan diri. Seterusnya saya memberikan hand phone kepada pengurus, biarlah dia yang uruskan panggilan tak senonoh itu!
Memang saya marah gila ketika menerima panggilan berkenaan. Tapi, saya tak mampu berbuat apa-apa, saya tak kenal. Saya ingatkan show, rupa-rupanya ada niat kotor! Saya termenung, ada orang sanggup mendekati saya dengan cara begitu.
‘Saya bukan pelacur kelas atasan!’
SEBENARNYA mereka tak pernah terfikir, saya ada prinsip hidup, saya tak akan menerima wang sehingga maruah tergadai, saya bukan perempuan murahan! Jauh sekali pelacur kelas atasan!
Sehingga hari ini masih sukar saya nak percaya, orang sanggup menelefon saya, bayar saya sekian-sekian harga semata-mata untuk melepaskan nafsu jahat mereka! Dia tak cakap saya perlu meniduri majikannya, tapi perlu melayan. Itu mungkin bahasa halusnya, cakap saja nak jumpa, tapi selepas jumpa dah terima duit, faham sajalah apa yang mereka inginkan! Sekali lagi, saya bukan perempuan murahan seperti yang disangka!
Selepas kejadian itu, saya belajar menjadi lebih teguh mempertahankan prinsip saya. Maaf, saya tak berminat tawaran seumpama itu. Jangan ingat dengan sejumlah bayaran, saya sedia melayan nafsu lelaki si hidung belang!
Saya tidak mahu masyarakat terus melabel artis kita murahan. Sudahlah orang asyik memberi pandangan negatif terhadap artis, sekiranya terjadi perkara seperti ini (menjual harga diri), lagi teruk perspektif mereka. Nak tidur dengan artis, bayar saja. Tolonglah, jangan anggap artis tiada harga diri!
This entry was posted on Sunday, May 25th, 2008 at 9:51 am and is filed under Artis. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.


